Resipi Rendang Periuk P10

resipi rendang p10

Bahan bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar – guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu besar kerisik – guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit – carik
Garam, asam jawa dan gula

Bahan A
8 ulas bawang merah – saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai – hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) – sangai wangi
1 sudu besar jintan manis – sangai
1 sudu besar jintan putih – sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Open lid P10. Multi cook.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.

Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam.

Tutup lid P10 dan set multicook 30 minit.

Selepas selesai, open lid dan kacau.

Tutup lid semua dan set oven untuk keringkan.

Tada… rendang campak2 P10 dah siap.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

× Chat Dengan Saya