8 Perbezaan Lengkap Jenama Penapis Air Cuckoo Vs Coway

cuckoo vs coway

Sudah pasti setiap orang di antara kita mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka. Jadi saya ingin berkongsi secara tulus mengenai review produk penapis terkemuka iaitu Cuckoo dan Coway. Sebelum itu, suka untuk dimaklumkan penulisan review Cuckoo vs Coway ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak sama ada Cuckoo Malaysia atau Coway.

Perbezaan ini ditulis oleh agen Cuckoo Malaysia yang merasakan kepentingan untuk berkongsi ilmu sesama pengguna water purifier di Malaysia.

Ini soalan perbezaan yang lazim antara Cuckoo vs Coway Water Purifier yang anda harus tahu.

#1 – Berapa Saiz Tangki Penapis Air Cuckoo dan Coway ?

Tangki Coway untuk jenis table top Villaem mempunyai ketinggian 11.3L manakala untuk model floor standing, saiznya adalah setinggi 21L. Untuk Cuckoo pula, saiz table top tertinggi mereka adalah 4L dan tinggi bagi floor standing adalah 12L.

Perbezaan saiz bagi kategori penapis air table top berpihak kepada Cuckoo secara amnya disebabkan majoriti orang lebih gemarkan saiz yang kecil dimuatkan di ruangan dapur terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan.

Cuckoo vs Coway

#2 – Bagaimana pula dengan kontrak pembelian ? 

Kontrak pembelian pun salah satu aspek yang harus kita fikirkan sebelum memilih produk penapis air. Bayangkan anda membeli tanpa memikirkan kontrak, pasti menyesal kemudian hari.

Coway menawarkan kontrak 3 tahun dan selepas itu boleh tamatkan kontrak tanpa penalti.

Kalau Cuckoo pula kontraknya 7 tahun dan jika mahu terminate pada tahun pertama pembelian, kita harus membayar 7 tahun penalti.

#3 – Boleh jelaskan mengenai skala servis ?

Servis yang ditawarkan pula berbeza mengikut jenama. Coway memberikan servis 2 bulan bersama penukaran filter setiap 6 bulan. Ianya percuma selama 5 tahun secara keseluruhan.

Cuckoo pula menjanjikan servis setiap 4 bulan. bersama penukaran filter dan kesemua servis ini percuma untuk 5 tahun.

#4 – Adakah air dari Cuckoo dan Coway ini Halal ?

Sebagai Muslim, mencari yang halal adalah kewajipan. Bagi rakyat Malaysia, indikator Halal dilihat pada sijil halal berikutan proses mendapatkan sijil halal ini sangat terperinci dan spesifik.

Coway dan Cuckoo mempunyai sijil halal dari Jakim untuk mempromosikan produk mereka kepada pengguna.

Sumber: http://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20150803-211828&type=C&ty=CO

#5 – Bagaimana kualiti air ? Ada air panas dan sejuk ?

Pertama sekali, ada yang bertanya mengenai air panas dan air sejuk. Iya, kedua-duanya ada pada Coway atau pun Cuckoo.

Tahukah anda Cuckoo dan Coway adalah produk buatan Korea dengan teknologi yang mantap. Seperti Cuckoo, air yang keluar dari water purifier adalah air beralkali dan kualiti tapisan yang terjamin.

#6 – Antara 2 jenama ini, yang mana lagi murah ?

Mengenai harga, dilihat harga penapis air Cuckoo lebih murah berbanding Coway bagi kategori table top. Penapis air Cuckoo berharga RM3600 manakala Coway pula RM7500 untuk kategori air mineral dan beralkali. Ini adalah harga untuk belian tunai yang ditawarkan.

Cuckoo Excel

 

#7 – Secara peribadi, penapis air yang mana lebih berbaloi ?

Selepas dilihat perbezaan di atas, penulis lebih memilih Cuckoo disebabkan harga dan air water purifier yang menepati citarasa. Apa pun ianya atas pilhan masing masing.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai Cuckoo, boleh hubungi saya di WhatsApp (https://jom.chat/cuckoofy).

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.